Tuesday 11 November 2014

Rahsia Kenapa Wajah Wanita Kemboja Licin Dan Gebu Akhirnya Terbongkar

Rahsia Kenapa Wajah Wanita Kemboja Licin Dan Gebu Akhirnya Terbongkar!!

Siapa yang pernah pergi ke negara Kemboja pastinya akan teruja dengan wajah serta kulit muka wanita-wanita negara tersebut tidak kira yang muda mahupun yang tua. Kulit muka yang halus dan putih gebu membuatkan para lelaki tidak senang duduk.

Tapi disebalik kecantikan tersebut hari ini Admin nak dedahkan bagaimana mereka mendapat kulit yang cantik dan halus seperti itu. Baca dengan teliti. Artikel ini merupakan kisah benar seorang guru yang diceritakan kepada rakan niaga Admin sendiri.

==========================
gadis-kemboja-660x330

Baiklah sini saya nak cerita sikit pasal rahsia kecantikan wanita-wanita Kemboja. Ditakdirkan oleh Allah swt pada satu hari saya kenal satu keluarga yang berasal dari Kemboja. Mereka sudah lama menetap di Malaysia dengan melakukan bermacam-macam perniagaan termasuk menjual pakaian.
Selepas melihat gelagat wanita-wanita mereka. Lalu terlintas dihati, cantik sungguh wanita-wanita mereka walaupun sudah berumur.

Tanpa segan silu saya terus bertaya “Kenapa kulit muka makcik-makcik Kemboja ini cantik-cantik yer?” salah seorang makcik ketawa dan menjawab “Sebab orang Kemboja suka amalkan memakan herba. Jika nak kulit cantik kena makan herba asli, jika sakit pun amalkan makan herba.. insya Allah sihat dan cantik”.

Lalu ia terangkan lagi “Jika nak kulit muka nampak cantik, halus, putih dan bercahaya pun kena pakai krim muka herba”. Saya kaget, memang tak pernah dengar nama krim tu.
Dengan murah hati dia beri pada saya satu krim muka herba yang diproses sendiri untuk kegunaan sendiri. Hanya di dalam bekas yang agak “simple” kelihatan seperti bekas ubat kudis yang kita boleh dapat di hospital.

Subhanallah… dengan izin Allah hari pertama guna jerawat di muka saya mula mengecut dan sehingga ke hari ketiga guna kulit muka saya dah mula licin kerana jeragat-jeragat sudah mula hilang. Saya mula jadi yakin dan bersemangat pakai kerana kulit muka yang kusam dan tak berseri langsung dipuji suami “muka awak makin berseri dan makin putih sehingga menampakkan urat hijau di dahi, awak pakai produk apa?
Saya jawab ringkas “alahh.. saya pakai Krim Herba Kemboja tu aja… pakai malam sebelum tidur”. Suami hanya senyum.Setelah 2 minggu guna, saya syorkan pada adik perempuan saya yang kini sedang menuntut di SBP Kuala Pilah. Memang adik beradik dalam keluarga saya majoriti muka berjerawat.

Mungkin faktor keturunan. Wallahuaklam…Apapun setelah 2 minggu tak berjumpa dengan adik perempuan saya, sangat mengejutkan muka dia yang penuh jerawat sudah kering dan hanya tinggal kesan-kesan hitam, mungkin tunggu sedikit masa sahaja lagi untuk hilang kesemuanya dan menampakkan perubahan kulit menjadi putih.

Sebelum ini saya guna krim muka dot dot ok jer. Tapi kalu dah berbelas tahun guna produk yang sama rasa kulit pun masih tak beri kerjasama. So maintain tahap itu saja. Last-last dapat juga krim muka herba dari Kemboja yang tak disangka-sangka datang-nya. Ini semua dengan izin Allah swt.
Sehari sekali saja pakai, kulit dah rasa selesa, sapu bedak pun rasa rata. Alhamdulillah mungkin kulit saya serasi dengan Krim Kemboja ini. Ermm! siapa yang mengalami masalah kulit kusam, jerawat dan jeragat, taulah macam mana rasa stress bila tengok muka sendiri.

So far Alhamdulillah saya sangat berpuas hati dengan hasil pemakaian Krim Kemboja ini. Muka kira dah nak settle, nak-nak orang malas make up macam saya. Hahaha!
Kalau dapat kulit muka yang tak kusam bersyukur sangat pada Allah.So, kalau ada sahabat-sahabat yang mempunyai masalah kulit muka sama sperti seperti saya, tetapi masih tidak terjumpa mana-mana krim muka yang sesuai. Bolehlah cuba Krim dari Kemboja yang sangat mujarab ini.
=============================
Saya bukan tuhan untuk menjanjikan apa-apa yang belum pasti, tetpi setakat ini yang telah menggunakan KRIM HERBA KEMBOJA ini rata-rata memberikan feedback positif. Bawah ni ada sedikit testimoni yang dikongsikan oleh pengguna tanpa paksaan mahupun sogokan.

khk1
************************************
khk2
************************************
khk3
************************************
khk4
************************************
khk5
************************************
khk6
************************************
khk7
************************************
khk8
************************************
20141013_123927_1
Rupa KRIM HERBA KEMBOJA
20141013_124045_1
 
SO kalau anda berminat, boleh hubungi (SMS/WHATSAPP) saya (En Izham) sekarang di talian 016-5784488 untuk mendapatkannya… Saya bagi harga special ikhlas niat nak menolong. Bukan nak berniaga semata-mata. Semoga bermanfaat untuk kita semua.. wallahuaklam…

P/S – Produk ini telah mendapat kelulusan KKM dan Halal JAKIM
Mohon disebarkan kepada rakan dan taulan!!





Friday 10 October 2014

10 Tempat Antara Tercantik Dan Menakjubkan



Aerial illusion of an underwater waterfall, Mauritius Island

After a good rain, Yellow Leaf Road, North Carolina

Grand Canyon Light Show

Hobbiton, New Zealand

Lake McDonald, Montana

Tavarua is a heart shaped island resort in Fiji

Tosua Pool, Samoa

Whitsunday Islands, Whitehaven Beach, Australia.



Mesti Baca ! Pengemis Dan Isteri Yang Cantik!

Mesti Baca ! Pengemis Dan Isteri Yang Cantik!


Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.

“Tolonglah encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.” Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu.

Dalam hatinya berkata “Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri dan keluargaku.” Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isteri yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain.

Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.


Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis itu, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suamiya yang dulu pernah menengking seorang pengemis.

Suami yang baru itu menjawab dengan tenang. “Demi Allah, sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengking dulu!”.

Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya diatas. Ada masa ketikanya kita akan turun kebawah dan naik semula atau sebaliknya.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : “Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh ribu kejahatan”.

Anas b. Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w ada bersabda bermaksud :


“Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dengan kekayaannya, barang siapa yang mempunyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga, bersedekahlah dengan tenaganya”.
Sumber



Rantau Panjang - Anak Kucing Luar Biasa !

Rantau Panjang - Anak Kucing Luar Biasa !

Subhanallah ! Kejadian yang luar biasa telah berlaku di mana seekor ibu kucing melahirkan anak kucing yang luar biasa. Kejadian luar biasa ini tidak perlu lagi disangkal kerana semuanya kekuasaan Allah swt. Wallahualam.
Anak kucing dua wajah

RANTAU PANJANG - Seorang pelajar terkejut apabila mendapati anak kucing yang baru dilahirkan berwajah luar biasa.

Namun Mohd Afendi Mohd Termizi, 17, berkata, usia kucing berkenaan tidak panjang dan mati beberapa hari kemudian.

Menurutnya, kucing yang dilahirkan sehari sebelum Aidiladha lalu, mempunyai dua wajah dan berkongsi satu badan.

“Ibu kucing yang dinamakan Cin melahirkan tiga anak tetapi hanya seekor yang berwarna hitam dan berkepala dua.

“Saya dapati ia tak pandai minum susu sedangkan dua lagi anak kucing yang lain sudah aktif dan memberi tindak balas sekiranya dipegang,” katanya.

Afendi berkata, sebelum ini Cin turut menarik perhatian penduduk kampung kerana dilahirkan dengan berjari enam.

Mungkin disebabkan keturunannya yang unik, Afendi sekeluarga percaya anak-anak Cin turut berkongsi genetik istimewa tersebut.

Sementara itu, abangnya, Mohd Kamel Kamaruzaman Mohd Termizi, 25, berkata, Cin merupakan kucing peliharaan keluarganya sejak beberapa tahun lalu.

Walaupun sebahagian keluarganya kurang menggemari kucing, namun disebabkan keunikan Cin, haiwan itu menjadi antara penyeri di dalam rumah.

“Penduduk turut teruja untuk melihat keunikan Cin dan anaknya, namun kecewa kerana tak panjang umur,” katanya.



Thursday 9 October 2014

Kisah Benar : Payudara Disepit Dengan Penyepit Api Neraka

Kisah Benar : Payudara Disepit Dengan Penyepit Api Neraka


Ini adalah kisah yang benar-benar terjadi di Tanah Suci. Seorang pramugari sebuah syarikat penerbangan koma semasa ingin mengerjakan haji. Semoga kisah ini menjadi pedoman dan panduan tidak kira kepada lelaki mahupun wanita.

Artikel dari Hj.Mazlan Hj.Nasron. Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik.
Walaubagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.
Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya baru 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.
Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak.
Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga.
Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulahkali pertama mereka mengerjakan haji. Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah.
Tiba di Madinah, semua orang turun daripada bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit. Tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecah bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.
Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan.
“Kakak ni sakit,” kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.
Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.
“Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya, kita bawa dia ke hospital,” kata saya.
Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing. Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.
Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.
Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.
Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil. Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji.
Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.
Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?? Saya bertanya kepada wanita tersebut;
“Kenapa kakak menangis?”
“Mazlan.. kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat.”
“Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?” tanya saya masih terpinga-pinga.
Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya ;
“Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat. Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak tendang, kakak pukul-pukul saja,” katanya tersedu-sedan.
“Habis yang kakak pergi haji ini?”
“Yalah…kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi.”
“Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa koma?” tanya saya lagi.
Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan ;
“Mazlan…Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.
“Betul ke kak?” tanya saya, terkejut.
“Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung.Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah.”
“Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini, putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik”, tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.
Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih. Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya ;
“Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih, pedih yang amat sangat, tak boleh nak diceritakan.”
Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu. Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.
“Mazlan…kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar. Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. Tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar.”
“Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak. Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus. Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.
Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat daripada nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui, azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini.”
Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.
“Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah Allah, akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.”
Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.
“Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat, kakak taubat nasuha,” katanya sambil menangis-nangis.
Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.
“Kakak, yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa? Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke.” tegur saya.
“Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar.”
Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqada’kan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu. Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.
“Tak boleh Mazlan. Kakak takut, kakak dah merasai pedihnya azab Tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul-betul bertaubat.”
Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya ;
“Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa.”
“Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni? Allah…”
“Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam.”
Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Walaubagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?
Tidak.
Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?
Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis.
Adakah ia bercanggah?
Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa…
“Oh… memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal…”