Wednesday, 8 October 2014

5 Makanan Yang Membuat Anda Cepat Kenyang

5 Makanan Yang Membuat Anda Cepat Kenyang

Anda ingin diet? Tapi cepat lapar? Dengan memakan makanan yang membuatkan anda cepat kenyang, pasti ia dapat membantu anda mengawal jumlah makanan yang diambil. Selain itu, ia juga akan membantu anda untuk mendapatkan diet yang yang seimbang. Jadi, apakah makanan yang membuatkan anda akan berasa cepat kenyang?

(1) Telur- Hasil kajian menunjukkan bahawa seseorang yang memakan telur pada waktu pagi akan membantu mereka untuk mengurangkan lagi berat badan. Ini kerana anda telah mendapatkan protein yang secukupnya untuk mengelakkan daripada berasa lapar. Selain itu, ia juga akan memberi anda lebihan tenaga.

(2) Sup sayur-sayuran- Makanan yang mengandungi banyak air sememangnya akan membantu anda untuk berasa cepat kenyang. Khasiat yang ada pada sayur-sayuran pula akan dapat membantu anda untuk mendapatkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan.

(3) Gandum- Hanya dengan setengah cawan gandum dapat memberikan tenaga yang secukupnya kepada tubuh badan seseorang dalam jangkamasa 4-6 jam.

(4) Epal- Sekiranya anda seorang yang sukar untuk mengambil sarapan, hanya dengan memakan sebiji epal dapat membantu anda untuk memberikan tenaga sehingga waktu makan tengah hari.

(5) Kekacang- Kandungan kacang yang kaya dengan protein akan membantu anda untuk berasa lebih cepat kenyang.
Untuk yang masih mencuba untuk menurunkan berat badan, mungkin tips ini dapat membantu dalam merealisasikan impian anda. Dan untuk yang sedang berjimat dan mudah berasa lapar ianya juga sesuai untuk anda.

Selamat mencuba!


Kisah Menyentuh Jiwa - Kasihnya Seorang Abang

Menyentuh Jiwa - Kasihnya Seorang Abang

Jom kita hayati kisah yang menyayat hati ini. Semoga menjadi pedoman dan pengajaran kepada kita. Tak kiralah seorang abang,mahupun adik ataupun kakak, hargailah mereka.

Aku ada abg.. Dah lama berpisah.. Tapi aku selalu utus surat kat die yg kat kampung.. Satu pun x berbalas..

2 Tahun lepas.. Aku menikah tanpa izin abang.. Sebab puas aku cari tapi x jumpa dia.. Sepanjang perkahwinan aku.. Aku x tenang.. Cuti sekolah yang lepas.. Aku ajak suami aku balik kampung.. Aku nak bersihkan rumah pusaka mak dan ayah.. Semasa membersih rumah usang tu.. Aku tersapu surat yang aku kirimkan pada abangku 2 tahun yang lalu.. Sebelum aku menikah suratnya macam ni..




“Khas buat abangku,

Abg, ko ingat lagi x..

Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5.. ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan ayah. Tapi aku hairan mase tu, ada satu bekas kaca yg aku pecahkan.. tbe2 byk air keluar.. Tapi ko cepat2 lap lantai umah kite.. Tapi aku x amik kisah pon pasal hal tu.. Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. Diorang cakap

“ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi dia nangis. Kalo mak dah xde, ko jangan tinggal die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni.. Jangan sesekali biar die sorang-sorang “

Ko ingat x..

Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko ske warna biru kan.. Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite, sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu.. ko x penah ucap bufday kat aku lagi.. Sampai sekarang..

Abg, ko ingat x..

Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah lagi.. Ko pegi mana pon aku xtau.. Tapi malam malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk ko, tapi ko xmakan pon.. Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan. Ko x penah ucap terima kasih kat aku.

Abg, ko ingat x..

Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah, tapi time tu ko tengah tido.. Aku amik Rm2 dalam poket jeans ko. Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon.. Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah elok..

Abg, ko ingat x..

Semasa umur aku 18 tahun.. Ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long.. Ko cakap ko ada hal.. Tapi sampai sekarang ko x datang amik aku.. Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau.. Kenapa tiada sebarang balasan.. Kenapa abg??

Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pun 32 tahun, aku sudah pun disunting orang.. Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau.. Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlukan izinmu sebagai wali aku..

Abg,

Jika kau dapat surat ni.. Katakanlah pada aku.. Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku..

Salam sayang,

Adik.”Aku mula terasa teringin nak selongkar rumah pusaka ni.. Yelah.. Nak balik jarang sangat..Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2..Tibe2 ada satu kotak besar jatuh dan banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat..Dan saat itu aku terpandang satu surat yang cantik sangat.. Dan aku buka..


“Assalamualaikum..

Kehadapan adikku yang jauh di mata ..

Maafkan abg kerana tidak membalas satu pun surat yang engkau kirimkan.. Kerana aku tidak berdaya sayang.. Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita.. Iye, kau pecahkan perhiasan rumah.. Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan.. Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau.. Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan..

Adikku sayang..

Aku tau kau tak suka warna biru.. Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau.. Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu.. Walaupun kau dah campakkan pengikat rambut tu.. Aku dah ambil balik, dan basuh.. dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita.. Nanti kau ambil ya..

Adikku sayang..

Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu.. Kau pun sudah lupa ya.. Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal.. Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya.. Aku harap kau mengerti..

Adikku sayang..

Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja.. Kerana aku bekerja di pekan.. Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori.. Untuk menyara engkau.. Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau.. Kerana masa itu.. Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau. Ramai yg memuji.. Aku harus sediakan perhiasan untuk kau.. Supaya kau tidak rasa malu..

Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yg kelihatan seperti pengemis ini..

Adikku sayang,

Siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan kau.. Aku akan makan masakan itu sebelum subuh.. Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur.. Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..

Adikku sayang,

Aku malu untuk ucapkan terima kasih.. Kerana engkau banyak berkorban untukku.. Kau menyediakan makanku dan segalanya.. Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih.. Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku.. Kerana terima kasihku untukmu adalah untuk semua yg kau lakukan semasa hidupku..

Adikku sayang,

Maafkan aku kerana aku memukulmu.. Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau ingat sampai bila-bila.. Betulkan, selepas kejadian itu.. Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu..

Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur? Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku.. Sakit yang amat sangat.. Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah.. Aku berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun.. Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..

Adikku sayang..

Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku. Sebenarnya.. Aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu.. Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen.. Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital.. Doktor mengesahkan aku menghidapi barah paru-paru di mana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu..Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur.. Aku terpaksa dirawat di hospital walaupun doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama..

Sayangku..

Aku titipkan surat ni ke rumah pusaka kita, ketika ini aku di hospital.. Jika suatu hari nanti engkau pulang.. Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu.. Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..

Adikku sayang..

Mungkin tika kau membaca surat ini.. Aku sudah pun tiada.. Jangan kau bersedih.. Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan..

Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH. Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH. Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku, TERIMA KASIH. Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr kerja, TERIMA KASIH. Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH. Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH. Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH. Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupun duka, TERIMA KASIH.

Adikku sayang..

Sekiranya engkau disunting seseorang.. Biarkan pakcik kita menjadi walimu.. Kerana aku mungkin sudah tiada.. Bahagiakanlah dirimu.. Kerana itu yg aku mahukan.. Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..

Salam sayang sedalam-dalamnya,

Abang.”

Di rumah pusaka itu.. Aku termenung bersama jernihan airmata yg mengalir.. Lantas.. Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan.. Semuanya berwarna pink.. Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yg sangat indah.. Ya Allah.. Aku meraung sambil menatap hadiah itu.. Ya Allah.. di manakah dapat ku cari insan semulia mu duhai abangku..

FUH


9 Rahsia Besar Yahudi Yang Tidak Kita Ketahui

9 Rahsia Besar Yahudi Yang Tidak Kita Ketahui


Dalam kehidupan harian, kita telah didedahkan dengan pelbagai teori,cara hidup dan psikologi yang menyatakan sesuatu perkara itu baik untuk dijadikan amalan.

Kita tahu ketika ini bangsa Yahudi menguasai dunia, bahkan ada teori konspirasi Illuminati, iaitu suatu cara bangsa Yahudi menguasai dunia. Seperti kita ketahui juga ada banyak hal di dunia ini yang kelihatan begitu misteri, namun sudah menjadi gaya hidup dan dipandang remeh di sekeliling kita.




1. Bahaya Rokok
 

Bangsa Yahudi pemilik kilang dan syarikat rokok terbesar di dunia, namun sebenarnya bangsa Yahudi tidak merokok. Mereka tahu bahaya merokok jadi rokok dijual dengan harga yang sangat mahal. Di New York, Amerika Syarikat harga rokok setiap satu bungkusnya adalah USD 12. Itu bersamaan dengan RM36 sekotak!

Bila pasaran di negara Yahudi enggan membeli rokok kerana mahal, lantas ianya dijual ke negara lain, terutama sekali ke negara-negara Muslim. Bangsa Yahudi semakin pintar kerana tak merokok, tetapi umat muslim 'semakin bodoh' kerana lebih ramai yang memilih membeli rokok berbanding menabung atau melakukan pelaburan lainnya.


2. Bahaya Vaksin Dan Ubat Moden

Yahudi juara membuat vaksin dan ubat-ubatan moden, tetapi tahukah anda rakyat Israel tidak berubat menggunakan vaksin dan ubat-ubatan moden, mereka tahu ubat yang mengandung bahan kimia tidak baik untuk kesihatan. Kerana itu masyarakat Israel memilih ubat-ubatan semulajadi, seperti Habbatus Sauda! Sungguh ironi, perubatan seperti ini sememangnya sunah Rasul kita tetapi sebaliknya diamalkan dalam kehidupan seharian rakyat Israel.


3. Hubungan Ibu Dan Bayi Dalam Kandungan
 

Wanita Yahudi ketika mengandung, akan mendengar suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama. Tujuannya untuk mendapatkan bayi yang bijak dan pintar.


4. Mengganti Kafein berbahaya

Bangsa Yahudi tahu itu. McDonald di Israel menggantikan kopi berkafein dengan teh yang mengandungi polyphenols. Polyphenols berguna sebagai antioksidan yang memperbaiki sel rosak dan mencegah kanser. Sedang umat Islam masih terpedaya dengan kafein berbahaya.


5. Makan Buah Sebagai Makanan Pembuka


Di Israel mereka mendahulukan makan buah terlebih dahulu sebelum memakan makanan utama. Mereka tahu sekiranya mereka makan makanan utama terlebih dahulu (misalnya nasi atau roti), maka mereka akan mengantuk, lemah dan malas . Sungguh kombinasi yang tidak produktif untuk belajar dan bekerja. Bagaimana dengan umat Islam? Lagi-lagi mereka terpedaya. Masyarakat muslim lebih percaya untuk memakan buah sebagai makanan penutup.


6. Penggalian Masjid Al Aqsa dan Qubah Shakhrah

Sejak 50 tahun lalu, Israel melakukan penggalian bawah tanah. Israel menginginkan Masjid Al Aqsa dan Qubah Shakhrah runtuh dengan sendirinya.


7. Penipuan Fakta Sejarah Israel 

Israel memanipulasi fakta sejarah dengan mengatakan negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967.

Padahal faktanya, Israel yang menyerang negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat. Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk mempertahankan diri?


8. Umat Muslim Dan Kristian Bersatu

Di Palestin, umat muslim dan umat kristian bersatu melawan penjajahan zionis. Namun, ini yang cuba dimusnahkan mereka.


9. Wajib Mengikuti Latihan Ketenteraan

Para pelajar Israel diwajibkan mengikuti latihan ketenteraan dan dilatih taktik peperangan seperti menembak dan memanah, seawal usia 8 tahun lagi.



sumber


Dua Fenomena Lain Selain Fenomena Gerhana Bulan 8 Oktober !

Dua Fenomena Lain Selain Fenomena Gerhana Bulan 8 Oktober !

Penduduk di Malaysia khususnya akan dapat menyaksikan fenomena gerhana bulan berdarah atau dikenali sebagai ” Blood Moon” pada 8 Oktober 2014(Rabu) bermula dari 5.14 petang hingga 8.34 malam. 



Fenomena Gerhana Bulan Berdarah 8 Oktober 2014 Malaysia
Tarikh: Rabu 8 Oktober 2014
Waktu Cerapan:  5.14 pm hingga 8.34 pm
Lokasi: Kawasan lapang

Punca Sebenar Gerhana Bulan Berdarah 8 Oktober 2014
Fenomena Bulan Berdarah atau Blood Moon berlaku apabila kedudukan bulan sejajar dengan bumi dan matahari. Fenomena ini terjadi disebabkan pembiasan cahaya yang dikenali sebagai cahaya Umbra oleh atmosfera bumi. Oleh itu, bulan akan kelihatan merah seperti darah.
Kali terakhir fenomena ini berlaku adalah pada 15 April tahun ini.



Selain fenomena bulan berdarah, satu lagi fenomena di mana planet Uranus boleh dilihat dengan mata kasar bakal berlaku malam ini, lapor TribunJogja.com.

Terdapat dua faktor yang membolehkan penampakan planet tersebut, iaitu jaraknya yang dekat dengan Bumi, serta keadaan gerhana itu sendiri.

Seorang sumber astrologi Indonesia menyatakan bahawa Uranus dijangka dapat dilihat sebagai sebuah titik kecil yang menyerupai bintang dengan cahaya samar bermagnitud +5.

Namun, detik tersebut agak singkat dan mereka yang terlatih sahaja berpeluang mengesannya di dada langit.

Oleh kerana cahayanya samar, Uranus hanya dapat dikesan dengan mata kasar pada saat gerhana terjadi sepenuhnya.

Sebelum atau selepas detik itu, kelibat planet ketujuh dalam sistem cakerawala itu akan pudar dan menghilang.

Fenomena selenelion pula merujuk kepada kejadian kedua-dua Matahari dan bulan gerhana yang dapat dilihat serentak. Ia hanya boleh terjadi pada detik sebelum matahari terbit atau terbenam.

Secara ringkasnya, ia adalah fenomena apabila dua objek langit terpisah 180 darjah dari sudut pandang manusia di Bumi.

Pada waktu senja nanti, selenelion yang terjadi melibatkan Bulan dan Matahari. Ini bermakna Matahari akan disaksikan tepat di ufuk barat manakala Bulan pula di ufuk timur.


Sumber : Awani dan Melvister




21 Idea DIY Mainan Kanak- Kanak Yang Mudah !

21 Idea DIY Mainan Kanak- Kanak Yang Mudah !

Mainan Kanak-Kanak

Anda mesti bosan kerana terpaksa membayar harga yang tinggi bagi mendapatkan barang permainan plastik atau sebagainya yang terkini? Dah la mahal,baru ja main beberapa kali,dah rosak pula. Bagi yang berkemampuan,semestinya anda boleh beli yang baru,tapi bagi yang kurang berkemampuan,anda jangan risau ! Kami ada 21 cara menarik, kreatif, mudah dan murah untuk anda lakukan demi anak tersayang !! 

Jom terjah !

mainan-diy-murah-menarik-10

1. Cuma guna ‘bubble-wrap’ dari lebihan ‘packaging’, ajak anak buat seni yang tersendiri

mainan-diy-murah-menarik-09

2. Tak perlu beli Jenga mahal-mahal, boleh buat sendiri.

mainan-diy-murah-menarik-08

3. Memang ‘confirm’ anak anda akan leka main benda begini


mainan-diy-murah-menarik-07

4. Ala-ala ‘camping’ di hutan kononnya (Yang ini mahal sedikit kerana kena beli khemah)

mainan-diy-murah-menarik-06

5. Main ‘ping-pong’ belon yang besar. Kalau dua-dua lelaki, silap-silap boleh gaduh!

mainan-diy-murah-menarik-05

6. Beli ‘noodle’ yang orang buat berenang dan belah dua. Boleh lawan lumba guli!

mainan-diy-murah-menarik-04

7. Baru beli peti sejuk baru dan ada kotak? Cuba buat gelungsur dalam rumah yang akan buat anak-anak ketawa!

mainan-diy-murah-menarik-03

8. Konon-konon macam nak lepaskan diri dari laser yang berbahaya

mainan-diy-murah-menarik-02

9. Anak suka main kereta mainan? Nah, cuba buat trek dengan sellotape yang hanya bermodalkan beberapa ringgit sahaja.



10. Hanya lekat di dinding. Nampak mudah dan ‘simple’, tapi percayalah, anak anda akan sibuk main benda ni siang malam!



11. Selepas mengecat rumah,jangan lupa buatkan set mini drum untuk anak anda !


12. Anda boleh gunakan keyboard lama atau yang sudah rosak untuk membuat laptop untuk anak anda !




13. Tiada kolam/tasik/sungai untuk memancing? Ada sungai tapi risau keselamatan anak? Jom cuba buat joran sendiri untuk anak anda dan mereka boleh bermain di mana sahaja !


14. Gunakan kertas dan kayu lama untuk membuat khemah !


15.Ada kotak? Semestinya mudah untuk anda dapatkan. Jom buat rumah untuk anak anda bermain ! Mesti mereka gembira !


16.Anak lelaki anda gemar bertukang?Ada set bertukang untuk mereka? Cuba buat meja/alamari untuk alatan mereka pula. Bertambah awesome la ayah mereka dapat buat sendiri !


17.Set memanah? Mudah sahaja !! Gunakan paip pvc atau kondiut !


18. Jom buat trek untuk lumba guli ! Haha.. Walaupun agak simple permainan ini,tapi ianya sangat best !


19. Jangan lupa bawak balik steering buatan ini bila pulang ke kampung atau ingin menempuh perjalanan yang jauh ! Pasti anak anda tidak bosan !


20. Sangat mudah! Hanya gunakan toilet roll, batang aiskrim dan bola kecil,anak anda pasti leka bermain!


21. Atau, bagi sahaja kotak kepada mereka.. Lihat apa yang mereka ingin lakukan...

Semoga berjaya!

Sumber : Siraplimau dan pelbagai