Wednesday 8 October 2014

Filled Under:
, , ,

21 Idea DIY Mainan Kanak- Kanak Yang Mudah !

21 Idea DIY Mainan Kanak- Kanak Yang Mudah !

Mainan Kanak-Kanak

Anda mesti bosan kerana terpaksa membayar harga yang tinggi bagi mendapatkan barang permainan plastik atau sebagainya yang terkini? Dah la mahal,baru ja main beberapa kali,dah rosak pula. Bagi yang berkemampuan,semestinya anda boleh beli yang baru,tapi bagi yang kurang berkemampuan,anda jangan risau ! Kami ada 21 cara menarik, kreatif, mudah dan murah untuk anda lakukan demi anak tersayang !! 

Jom terjah !

mainan-diy-murah-menarik-10

1. Cuma guna ‘bubble-wrap’ dari lebihan ‘packaging’, ajak anak buat seni yang tersendiri

mainan-diy-murah-menarik-09

2. Tak perlu beli Jenga mahal-mahal, boleh buat sendiri.

mainan-diy-murah-menarik-08

3. Memang ‘confirm’ anak anda akan leka main benda begini


mainan-diy-murah-menarik-07

4. Ala-ala ‘camping’ di hutan kononnya (Yang ini mahal sedikit kerana kena beli khemah)

mainan-diy-murah-menarik-06

5. Main ‘ping-pong’ belon yang besar. Kalau dua-dua lelaki, silap-silap boleh gaduh!

mainan-diy-murah-menarik-05

6. Beli ‘noodle’ yang orang buat berenang dan belah dua. Boleh lawan lumba guli!

mainan-diy-murah-menarik-04

7. Baru beli peti sejuk baru dan ada kotak? Cuba buat gelungsur dalam rumah yang akan buat anak-anak ketawa!

mainan-diy-murah-menarik-03

8. Konon-konon macam nak lepaskan diri dari laser yang berbahaya

mainan-diy-murah-menarik-02

9. Anak suka main kereta mainan? Nah, cuba buat trek dengan sellotape yang hanya bermodalkan beberapa ringgit sahaja.



10. Hanya lekat di dinding. Nampak mudah dan ‘simple’, tapi percayalah, anak anda akan sibuk main benda ni siang malam!



11. Selepas mengecat rumah,jangan lupa buatkan set mini drum untuk anak anda !


12. Anda boleh gunakan keyboard lama atau yang sudah rosak untuk membuat laptop untuk anak anda !




13. Tiada kolam/tasik/sungai untuk memancing? Ada sungai tapi risau keselamatan anak? Jom cuba buat joran sendiri untuk anak anda dan mereka boleh bermain di mana sahaja !


14. Gunakan kertas dan kayu lama untuk membuat khemah !


15.Ada kotak? Semestinya mudah untuk anda dapatkan. Jom buat rumah untuk anak anda bermain ! Mesti mereka gembira !


16.Anak lelaki anda gemar bertukang?Ada set bertukang untuk mereka? Cuba buat meja/alamari untuk alatan mereka pula. Bertambah awesome la ayah mereka dapat buat sendiri !


17.Set memanah? Mudah sahaja !! Gunakan paip pvc atau kondiut !


18. Jom buat trek untuk lumba guli ! Haha.. Walaupun agak simple permainan ini,tapi ianya sangat best !


19. Jangan lupa bawak balik steering buatan ini bila pulang ke kampung atau ingin menempuh perjalanan yang jauh ! Pasti anak anda tidak bosan !


20. Sangat mudah! Hanya gunakan toilet roll, batang aiskrim dan bola kecil,anak anda pasti leka bermain!


21. Atau, bagi sahaja kotak kepada mereka.. Lihat apa yang mereka ingin lakukan...

Semoga berjaya!

Sumber : Siraplimau dan pelbagai




0 comments:

Post a Comment